Friday, October 22, 2010

INTERAKSI 8

Penilaian Kaedah Bahasa

  • Penilaian Melalui Projek
  • Penilaian Melalui Kertas Kerja

1. Penilaian Melalui Projek

Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan . Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.

TUJUAN

Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:

1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab

2. Memberi kebebasan kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi

3. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah

4. Memotivasikan pelajar untuk belajar

5. Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin

6. Membenarkan pelajar menentukan peranan

7. Membolehkan pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya

LANGKAH-LANGKAH

Langkah 1:Menentukan tajuk dan skop Projek

Langkah 2: Menjalankan penilaian awal projek

Langkah 3 : Melaksanakan strategi

Langkah 4 : Memproses Maklumat

Langkah 5 : Menilai Hasil Projek

CIRI-CIRI PENILAIAN PROJEK

  • · Projek / tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik)
  • · Menggunakan jangka panjang.
  • · Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
  • · Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif. Tiada didapati satu jawapan yang benar.
  • · Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif:
o membuat / menyediakan projek
o kumpulan koperatif

  • · Pelajar boleh menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan.
  • · Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.
  • · Peluang menilai pelajar dalam:
o Kreativiti
o kemahiran merancang
o integrasi pengetahuan
o kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.

  • · Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentukkan sesuatu
  • · Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu
  • · Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
  • · Aktiviti yang bermakna

Dengan itu penilaian projek ini dapat :

  • · mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar.
  • · Memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik.
  • · Membantu pelajar mengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin.

JENIS-JENIS PENILAIAN PROJEK


  • · Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan).
  • · Extended tasks assignment – menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
  • · Portfolio – koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
  • · Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model

Wednesday, October 20, 2010

INTERAKSI 7

Kaedah Penilaian Bahasa
  • Penilaian Kontrak pembelajaran
  • Penilaian Pengalaman pembelajaran melalui soal jawab
1.Penilaian Kontrak pembelajaran

KONSEP

Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
• Bentuk akhir tugasan dihasilkan
• Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
• Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
• Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
• Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-
• mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
• kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
• bukti menunjukkan objektif tercapai
• bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
• Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
• Menghasilkan kerja yang terancang
• Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?
Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
1. Penilaian objektif tugasan
• Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
• Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
• Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru
2. Hasil Pembelajaran
• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru
3. Penilaian
• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny

FORMAT / BENTUK KONTRAK

Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.
PERINGATAN:
Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

2. KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI SOAL JAWAB

1. Penilaian melalui soal jawab bermaksud seorang guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui sesi soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
2. Contohnya, sesi soal jawab yang dijalankan selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru ingin mengetahui sejauh mana kefahaman muridnya mengenai pelajaran yang telah diajar, guru tersebut dalam menjalankan soal jawab untuk menguji kefahaman muridnya.
3. Melalui soal jawab juga, guru dapat mengetahui kelemahan setiap muridnya dalam sesuatu topik yang diajarkan.
4. Seterusnya, guru dapat mencari jalan penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid tersebut.
5. Sebagai contoh, ada antara murid kurang faham mengenai kata nama, maka guru akan lebih menumpukan terhadap perkara tersebut untuk meningkatkan pemahaman serta pengetahuan muridnya dalam kata nama.
6. Melalui aktiviti soal jawab juga, guru dapat mengetahui sama ada muridnya dapat mengetahui setiap topik yang guru tersebut ajarkan.
7. Sekiranya ada antara murid tidak faham tentang topik yang diajarkan oleh guru tersebut, maka proses pembelajaran akan diulang semula. Kali ini, guru mengajar murid yang lemah tersebut dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
8. Tujuannya adalah agar murid tersebut memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajarkan oleh guru.

INTERAKSI 6

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

  • Portfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjalaskan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri Portfolio

  1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
  2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif
  3. Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
  4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
  5. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
  6. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Jenis Portfolio

1. Porfolio kerja harian

  • Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

2. Portfolio hasil terbaik

  • Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif.

3. Portfolio dokumen.

  • Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa

tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

Penilaian Portfolio

  1. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang.
  2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
  3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Kepentingan Portfolio

  1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
  2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
  3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
  4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
  5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio

  1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
  2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
  3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
  4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Penilaian bagi Portfolio

  1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
  2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
  3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio

  • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
  • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penentuan gred.

Kriteria penilaian

  1. Struktur dan organisasi
  2. Strategi pengurusan
  3. Variasi isi yang sesuai
  4. Struktur ayat dan gaya bahasa
  5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
  6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiapnota anekdot dan refleksi pelajar.
  7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan

2. PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

a)Kualiti Pemerhatian

  • Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya.
  • Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
  • Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
  • Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
  • Tekal dan stabil dalam penilaiannya

b) Bentuk perancangan

  • Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
  • Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
  • Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.
c) Merekod penilaian pemerhatian
Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari
segi:
  • Pendekatan, kaedah individu atau berkumpul- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
  • Menjalankan Tugasan - Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
  • Cara merekodkan dapatan dan rumusan - Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
  • Tindakan Susulan - Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

d) Jenis Pemerhatian

  • Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
  • Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan.
  • Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
  • Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
  • Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.

e) Strategi pelaksanaan

  • Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
  • Menggunakan senarai semak.
  • Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
  • Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
  • Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
  • Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

f) Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

  • Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
  • Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

INTERAKSI 5

Jenis Penilaian Bahasa
  • Ujian Formatif
  • Ujian Sumatif
  • Ujian Kefasihan
  • Ujian Kemajuan
  • Ujian Bakat
  • Ujian Pencapaian

Ujian Formatif

  • Ujian formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Ia juga merupakan bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang telah diajar. Ujian jenis ini merupakan jenis ujian yang berasaskan kemahiran (yang diajar dalam jangka masa pendek).

Ujian Sumatif
  • Ujian sumatif digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan pembelajaran. Merupakan bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangkamasa panjang (selepas satu-satu semester/ selepas satu tahun). Kemahiran bahasa yang diuji ialah kemahiran lisan, bacaan dan penulisan. Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir pembelajaran. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Ujian kefasihan
  • Bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini tidak berdasarkan sesuatu kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari. Ujian ini penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang.

Ujian kemajuan.
  • Ujian jenis ini adalah ujian ringkas yang dibina oleh guru-guru kelas untuk penggunaan kelasnya sahaja. Ia hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian ini harus berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin diuji. Ia membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan seseorang murid dan kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

Ujian bakat
  • Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang murid dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. Ia selalu melibatkan data-data bahasa yang artifical iaitu mengandungi unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.

Ujian pencapaian
  • Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan/isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka. Soalan yang diajukan dalam ujian jenis ini mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja. Ia juga bertujuan untuk menentukan penempatan jenis sekolah, jurusan atau kumpulan-kumpulan tertentu murid. Dalam pengajaran bahasa, ujian ini diberikan untuk mengasingkan calon-calon mengikut kebolehan mereka dan ini adalah semata-mata untuk tujuan strategi dan perancangan pengajaran guru.

INTERAKSI 4

Pembinaan Ujian

  • Soalan Objektif
  • Soalan Subjektif
Soalan Objektif
  • Definisi : merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
  • Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan).
  • Mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.
  • Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
  1. Item respon bebas
  2. Item respon tetap (item objektif pilihan)
  • Item respon bebas

Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.


Contoh;

  1. Apakah lawan bagi perkataan tinggi ? ________
  2. Kita mesti ______belajar supaya kita berjaya dalam peperiksaan.
  • Item respon tetap (item jenis pilihan)

Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

  • Jenis soalan respon tetap;

1. Format salah betul
2. Padanan
3. Aneka pilihan

Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).

Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
Hitam – Putih ( ),

Padanan
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;

  1. Berbentuk soalan
  2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
  3. Analogi
  4. Antonim
  5. Jenis negatif
  6. Mengisi tempat kosong
  7. Jenis campuran
  8. Teknik kloz
  9. Mengelaskan

Panduan pembinaan

  1. Pokok soalan (stem)
    •Bahasa mudah difahami
    •Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap
    •Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi
    •Kurangkan soalan berbentuk negatif (10%-hitamkan / garis)
    •Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yg berkaitan.
  2. Bahan ransangan
  3. Pilihan jawapan
    •Jawapan yang disediakan haruslah logik.
    •Ditulis sejajar (semua huruf / semua angka)
    •Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
    •Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
    •Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
    •Tiada perkataan yg berulang
    •Pastikan satu jawapan shj yg betul
  4. Distraktor (penganggu jawapan)4. Struktur item (roman & abjad)

Kelebihan

  1. Mudah disemak
  2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
  3. Menguji banyak topik
  4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
  5. Mengukur proses mental yang tinggi

Kelemahan

  1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
  2. Potensi untuk meneka jawapan tinggi
  3. Sukar untuk dibina
  4. Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
  5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak
  6. Tidak dapat mengukur keaslian

SOALAN SUBJEKTIF

  • Definisi : Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
  • Terdapat dua jenis
  1. Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
  2. Tindak balas lanjutan (esei)

Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.


Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Panduan Pembinaan Item Subjektif

  • Membentuk JSU
  • Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
    1.Tugas / arahan soalan jelas
    2.Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
    3.Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
    4.Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
    5.Sediakan satu skema pemarkahan.

Kelebihan

  • Mudah digubal
  • Sesuai untuk semua mata pelajaran
  • Sesuai untuk semua aras taksonomi
  • Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
  • Mengurangkan konsep meneka.
  • Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
  • Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

Kelemahan

  • Bidang yg diuji terhad
  • Soalan boleh diramal
  • Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
  • Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.