Friday, October 22, 2010

INTERAKSI 8

Penilaian Kaedah Bahasa

  • Penilaian Melalui Projek
  • Penilaian Melalui Kertas Kerja

1. Penilaian Melalui Projek

Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan . Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.

TUJUAN

Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:

1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab

2. Memberi kebebasan kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi

3. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah

4. Memotivasikan pelajar untuk belajar

5. Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin

6. Membenarkan pelajar menentukan peranan

7. Membolehkan pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya

LANGKAH-LANGKAH

Langkah 1:Menentukan tajuk dan skop Projek

Langkah 2: Menjalankan penilaian awal projek

Langkah 3 : Melaksanakan strategi

Langkah 4 : Memproses Maklumat

Langkah 5 : Menilai Hasil Projek

CIRI-CIRI PENILAIAN PROJEK

  • · Projek / tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik)
  • · Menggunakan jangka panjang.
  • · Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
  • · Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif. Tiada didapati satu jawapan yang benar.
  • · Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif:
o membuat / menyediakan projek
o kumpulan koperatif

  • · Pelajar boleh menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan.
  • · Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.
  • · Peluang menilai pelajar dalam:
o Kreativiti
o kemahiran merancang
o integrasi pengetahuan
o kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.

  • · Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentukkan sesuatu
  • · Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu
  • · Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
  • · Aktiviti yang bermakna

Dengan itu penilaian projek ini dapat :

  • · mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar.
  • · Memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik.
  • · Membantu pelajar mengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin.

JENIS-JENIS PENILAIAN PROJEK


  • · Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan).
  • · Extended tasks assignment – menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
  • · Portfolio – koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
  • · Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model